Wednesday, October 13

Cara halau roomate tak ngam ngan kite!



1. Setiap hari Jumaat, pack semua barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung.Lepas sejam, balik ke bilik & bagitaw kat dia, "takde orang kat rumah." Unpack segala barang anda & pegi tidor. ( jangan lupa bagitau roommate anda kampung anda ialah kelantan or johor,baru la dia bertambah pelik bin ajaib )

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horaay…kau dah balik". Lepas tu menari poco2 dalam masa 5 minit. Tak lama lepas tu, tenung jam lama2 dan bagitau dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg..”

3. Buat2 terjaga pada tengah2 malam, lalu jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik.Jangan lupa untuk melompat 2-3 kali seperti babun sesat lam hutan. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak faham apa yang dia cakap,lalu berkata "nak aku hantar kau pergi tanjung rambutan tak?"

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu tu kat situ. Keesokannya,beli pulak pokok bunga taik ayam,dan ulang babak di atas,sampai roommate anda nekad nak hantar anda ke tanjung rambutan.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horaayy…!” lepas tu cepatcepat bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Bagitaw kat roommate anda “Aku ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap anda terlupa pesanan tu. Sesaat kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda baru keluar dari tandas, pura2 tengah bercakap lam telefon dia. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate anda bahawa yang telefon tadi tu adalah mak dia. Bila roommate anda dah buat muka,cuba tenangkan dia dengan berkata "jangan risau mak kau kompem akan call kau balik".

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia, "Nampaknye esok aku kena ajar kau cara mengosok gigi dengan betul." sambil menggeleng-gelengkan kepala.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah berdekatan kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda. Kalau terkantoi ngan roommate anda,cepat2 pelok dia lalu berkata, "akhirnya aku jumpe jugak kau..",sambil pura2 menangis kegembiraan.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, terus pura2 tidor sambil berdengkur sekuat hati.

15. Duduk & renung roommate anda dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn di depan dia. Buat macam tengah tengok wayang sampai dia rimas.

16. Masa roommate tiada, curi deodoran roommate anda dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji dia "Wah,kau ni wangi macam rexona." Lakukan sekerap mungkin sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate anda ada binatang peliharaan, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut sambil memegang racun tikus.

18. Mase roommate anda tengah lena tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang,pastu bace yasin ramai2. bile roommate anda terjage cepat2 blah dari bilik tu tanpa membuka ikatan tu.

19. Sebelum roommate anda balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat kat atas katil dia. Untuk effect yang lagi gempak,ambil sos cili dan tabur kat atas tilam dia supaya nampak macam darah terpercik.

20. Ketika masing2 ngah khusyuk study,meraung sekuat hati,lepas tu koyak kertas2 dan sepahkan meja sendiri.bila dia tanya,anda cakap "aku haus...."

hahaha,ni antara tips2 berguna untuk anda...
boleh la anda praktikkan jika anda xngam ngan roommate anda & nak dia blah dari bilik anda secepat mungkin...
smoga berjaya!!


original from : aisya




Sincere : Zuai♥