
![]() |
| * Rebecca Black ? * Malas aku nak fikir lagi pasal tu . Aku tahu itu memang salah aku , tapi takkanlah sampai nak bermasam muka sampai tak tegur aku . Pagi tadi aku beritahu ayah + ibu aku apa masalah aku . Seperti biasa diorang akan cakap , biarkan jea . Orang macam tu tak payah nak layan , lepas tu aku cakap mana boleh la , dah lama kawan tetiba jadi camni . Then ayah aku cakap , tak nak kawan sudah , kau boleh blah . Aku pun gelak tiba-tiba . Aku pun tak tahu apa yang kelakar lah kannn =___= Hurm , sekarang aku akan biarkan jea . Aku dah tak rela asyik jaga hati orang , hati sendiri bila lagi nak jaga kan ? Berhenti cakap pasal tu , aku tetiba lak minat #Rebecca Black , lagu baru dia best , My Moment :) Walaupun ramai orang tak suka dia , tapi dia tetap buat apa yang dia suka iaitu terus menyanyi . Dia tak pedulikan apa yang orang cakap tentang dia , apa yang dia tahu , dia buat perkara yang betul dalam hidup dia sekarang :) |
P/s : #Nicki Minaj still the best :)
Sincere : Zuai♥









2 cute words:
Can you hear that boom badam boom boom
Ok hentam je nyebot. =='
@RhiyadZhツ HAHA , betul la tuu :)
Post a Comment