
Alhamdulillah , aku masih berpeluang untuk mengemaskinikan blog aku yang makin hari makin berhabuklah sangat. Ohh yea , bukan malas ape , banyak idea nak update , tapi macam-macam benda dah terjadi. Sambung belajar ? Oh yea , esok aku akan mula mendaftar di Kolej Unikop iaitu Kolej Bersekutu dengan UiTM di Batu Caves , Kuala Lumpur. Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku nak sambung belajar kat kolej tu , yang nak belajarnya aku , bukan kau , ini masa depan aku , bukan masa depan kau. Ada jugaklah makhluk Allah ni cakap dekat aku kolej tu tak eloklah , hapelah , kecik hati aku bila kau cakap macam tu. Ingat aku tak ada hati dan perasaan ke ? Aku cuma harapkan kau bagi kata semangat ke hape ke , ini tak lagi nak merendahkan semangat aku nak belajar. Takpe , nasib baik kau kawan aku , kalau tak dah lama kena 'tibai' dengan aku. Aku akan buktikan apa yang kau cakap tu salah , dan aku akan buktikan yang aku juga boleh berjaya. Jadi , aku akan mengambil kos Business Management ( Pengurusan Business ) kot , entahlah , pusing kepala jugaklah kiranya , ingat dapat Office Management (Pengurusan Pejabat ) tapi aku rasa diorang jatuh dalam kategori yang sama kot . Tapi apa-apa pun , aku harap aku akan gunakan peluang belajar ni sebaik-baik yang mungkin , insyaALLAH , AMIN. Ohh yea , kata-kata terakhir , aku akan update blog ni jika ada masa lapang , haha , nak masuk kolej nie , tapi laptop pun belum ada , hewhew , on the way kot ? Haha , itu je la , assalamualaikum.
Sincere : Zuai♥







2 cute words:
tahniah :) xkesahla blja mana2 pun yg pntg niat . ignore je apa yg org ckp . kita yg nk blaja kn . oh btw masa sye kt uitm dulu study under business management gk . course tu xde compilcated mana pun . yg penting kita rajin blaja .tu je . good luck !
@wawa : yeap , ur rite , tu la pasal tak kisahlah dekat mana kita belajar , as long nawaitu kita betul nak belajar , anyway dapat OM jea , tersalah la pulok Business Management.
Post a Comment