Tuesday, March 29

Erti Persahabatan Bahagian Ke-2


188571_1615599001922_1594747525_31232620_3751459_n_large
So , today saya akan sambung balik cerita tentang Erti Persahabatan ,
Cerita ini sangat senang untuk difahami dan isinya tidak terlalu berat dan
sesuai untuk semua lapisan umur . 
So , here you go , sambungan cerita tersebut :)
Imbas kembali sedutan yang lepas , Lala , Lulu , Nana dan Rara sedang berada
di tempat lepak mereka iaitu di bahagian belakang sekolah .
Mereka semua sudah bersedia untuk menduduki peperiksan SPM .
Lala selaku ketua mereka memberi ucapan pendek berbunyi seperti ini ,
" Ingat tau korang , no matter what happens , just give the best for this TEST ,
this TEST decides our FUTURE :) , and FRIENDS FOREVER "
Dengan bunyi yang agak gedik pada hujung ucapannya , mereka berempat
berpeluk sesama mereka . Nampak jelas , ada butir air mata keluar tetapi
tidak ketara sangat . 
Sebelum mereka melangkah ke dewan untuk menduduki kertas SPM ,
mereka semua sudah ada tujuan dan matlamat iaitu untuk BERJAYA dan
MEMPEROLEHI KEPUTUSAN yang CEMERLANG dan melanjutkan
pelajaran ke universiti .
Pada hari akhir ketika peperiksaan SPM diadakan , mereka semua nampaknya sedang
gigih mengulangkaji tentang kertas terakhir mereka iaitu Kertas Ekonomi Asas .
Lala dan rakan-rakanya memang tidak suka akan subjek ini tetapi apa boleh buat ,
mereka harus tempuhi sebarang dugaan yang mendatang . Syukur , sebulan
sebelum SPM , mereka semua sudah bertungkus-lumus untuk memahami
semua tajuk Ekonomi Asas Tingkatan 4 dan 5 , sekali gus membuat latihan untuk
mengukuhkan kefahaman tentang Ekonomi Asas .
Cikgu yang bertugas sudah umumkan , sudah tiba masanya untuk masuk ke
dewan peperiksaan . Lala dan rakan-rakanya hanya mampu berdoa dan membuat
yang terbaik untuk meraih kecemerlangan yang mereka impikan selama ini .
Dalam hati Lala , " Ya Allah , aku memohon agar kami semua dapat buat yang terbaik , Amin",
sambil mengeluarkan alat tulis yang diperlukan .
Selesai sahaja peperiksaan yang terakhir ini , mereka semua menjerit kegembiraan
yang berbunyi seperti ini ,
" YAY , SPM DAH HABIS "
Ada yang bawa mercun dan tak kurang juga aksi gedik berpeluk sesama mereka , nak-nak
lagi yang perempuan , tak kurang juga ada yang menangis kegembiraan .
Seperti biasa , Lala , Lulu , Nana dan Rara juga berpeluk sesama mereka sekali lagi !
Tapi kali ini , mereka berpelukan lama sangat sambil menangis .
Lala dengan gembiranya berkata " Babe , SPM dah habis , JOM KITA ENJOY "
Lulu , Nana dan Rara juga menyokong ketua mereka dan segera keluar dari sekolah .
Lulu segera mengeluarkan kunci kereta dan memandu keluar dari tempat sekolah dan
menuju ke suatu tempat yang istimewa bagi mereka , iaitu tempat di mana mereka
selalu menghabiskan masa sekolah mereka di situ .
Tempat istimewa yang dimaksudkan ialah , rumah atas pokok . Rumah itu dibina
sebagai tempat 'meeting' mereka . Apa-apa hal akan dibincangkan di situ , tak kurang
jugak gosip dan kerja rumah . 
Sampai sahaja di tempat itu , Lala merupakan orang pertama yang naik ke atas rumah
pokok itu . Wajahnya kelihatan gembira seperti burung baru keluar dari sangkarnya .
Lulu , Nana dan Rara juga gembira melihat ketua mereka yang sangat CERIA .
Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan dorang sekarang ,
hanya senyuman yang mampu diukir pada masa itu .
Lala juga segera menelefon Joe dan cakap " B , SPM DAH HABIS "
Lala cakap dengan nada yang agak tinggi sehingga Joe yang berada di talian tersentak ,
sambil ketawa dan bercakap " You ni , buat terkejut i jea , ingat ape bendelah tadi , HAHA "
Selepas menamatkan perbualan di telefon , Lala cakap " I hope kita boleh still
stay as FRIENDS even we are FAR APART okay babe , I memang sayangkan korang sume ,
you are the best FOR ME :) "
Dengan nada yang perlahan pada perkataan akhir , Lala menangis dan memeluk semua
kawan rapatnya .
Lulu , Nana dan Rara memang dah sedia maklum dengan sifat Lala yang mudah menangis ,
mereka jugak tidak kurang hebat , menangis bersama-sama sampai mata merah-merah .
Rasa nak ketawa bila diingatkan balik kenangan yang lepas itu .
Mereka berempat tidak tercalon untuk mengikuti program PLKN , di mana
mereka menjerit kegembiraan dan mahu mencari pekerjaan sementara dan mencari
pengalaman .
Lala , Lulu , Nana dan Rara menghadiri temuduga di Parkson dan Alhamdulillah ,
mereka berempat diterima sebagai 'Promoter' sementara !
Mereka semua kelihatan gembira dan berjanji untuk membuat sebaik mungkin demi
memperoleh gaji yang halal .
Sudah genap 2 setengah bulan mereka bekerja , mereka berempat gembira bekerja di sini ,
malah duit gaji yang mereka terima , digunakan untuk membeli-belah .
Mereka tidak mahu menyusahkan ibu-bapa walaupun keluarga mereka adalah pangkat Datin dan Dato .
Mereka tak nak gunakan gelaran itu sebagai alasan untuk tidak mencari rezeki , mereka
tahu yang mereka boleh buat yang terbaik untuk diri mereka sendiri .
Tarikh keputusan SPM akan keluar tinggal beberapa hari lagi , 1 hari sebelum
keputusan SPM keluar , mereka berkumpul di rumah Lala .
Sudah tentu di dalam bilik Rara yang penuh dengan dekorasi berwarna merah jambu .
Mereka berempat berbincang tentang baju apa yang mereka mahu pakai , serta seluar
dan kasut apa yang perlu mereka pakai .
Lala dengan kata putus mengatakan bahawa mereka semua akan memakai pakaian
serba merah jambu . Lala memilih warna itu kerana warna itu merupakan warna kegemarannya.
Lulu , Nana dan Rara juga ikut sahaja kerana mereka bertiga juga sukakan warna tersebut !
Esoknya , kelihatan Lala membawa kereta Myvi yang berwarna pink , dan dilihat juga ,
teman rapatnya , Lulu , Nana dan Rara juga ada di dalam kereta tersebut .
Mereka berempat sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan SPM mereka .
Kebetulan , cikgu yang bertugas sudah mengumumkan nama pelajar yang cemerlang pada masa itu .
Terdengar cikgu tersebut berkata , " Nurlaila binti Dato Rashid " !
Lala terus tersentak dan terus ke hadapan untuk menerima keputusan SPM itu .
Muka Lala merah padam dan tidak menyangka akan memperoleh A+ bagi semua
mata pelajaran yang dia ambil . Lala terus menghubungi Papa dan Mama untuk
berkongsi berita gembira itu .
Tidak kurang juga , Nurlulu binti Dato Karim(Lulu) , Nuryana binti Dato Saidin(Nana) dan
Nor Fazura binti Dato Lazim(Rara) mendapat 7A 1B , Alhamdulillah .
Kini mereka semua berkelayakan untuk memasuki universiti yang mereka impikan 
selama ini . . .

Cerita ini akan disambung , dari semasa ke semasa .Ianya agak panjang dan perlukan masa untuk habis .Hope anda terhibur ! :)*100% ciptaan Muhammad Zuhaili Othman*



Sincere : Zuai♥

4 cute words:

Tiqiezaidi :) said... [Reply balik♥]

Tiqie online blog untuk bace story nie je zuai !
BEst best,.
Smbung lagii..

♥ zuai™ ♥ said... [Reply balik♥]

@Nur Atiqha Zaidi : HUHU , thanks tiqie :)

han hanan said... [Reply balik♥]

nice zuai.keep it up!

♥ zuai™ ♥ said... [Reply balik♥]

@Han Hanan : huhu thanks hanan :)