Monday, March 28

Erti Persahabatan !


Tumblr_limpq5sgvd1qhk0yoo1_500_large
So , this entry , nak buat cerita pasal ERTI PERSAHABATAN ,
bagaimana ia boleh putus dan kembali semula seperti biasa .

Mari mulakan cerita dengan watak , Lala , seorang gadis yang periang dan
gembira selalu . Sudah tentu dia ditemani dengan kawan rapatnya , Lulu , Nana dan
Rara . Untuk pengetahuan , mereka berempat menggunakan nama glamor dan tidak
menggunakan nama betul sepanjang masa kecuali untuk urusan sekolah dan
bagi cikgu-cikgu sekolah . Mereka berempat sangat rapat kerana mereka sudah
berkawan dari Tingkatan 1 sampailah sekarang , Tingkatan 5 . 
Ke mana mereka pergi , sudah tentu mereka akan bersama . Tidak pernah
sekali mereka berenggang kecuali ada masalah tertentu . Mereka juga menyertai kelab , badan
beruniform , dan juga rumah sukan yang SAMA . Sangat terkejut bukan ? HAHA , 
Dan mereka juga popular di sekolah kerana kenakalan yang mereka buat , ponteng kelas ,
suka kenakan orang , dan buat cikgu marah . Sebenarnya mereka buat untuk suka-suka ,
bukan untuk menyakiti orang . Sampailah satu saat , Lala dapat teman lelaki baru , mereka
bertiga sudah jarang bersama sejak Lala dapat teman lelaki baru .
Lulu dan Nana merasakan , Lala perlukan masa kerana baru kali pertama dapat 
teman lelaki . Oleh itu , mereka membuat keputusan untuk biarkan sahaja keadaan itu .
Sebab mereka tahu , suatu saat nanti , Lala mesti cari mereka juga . Tetapi berbeza
bagi Rara sebab dia amat rapat dengan teman lelaki Lala . Rara teringat akan kisah
silamnya bersama teman lelaki Lala yang dulunya pernah menjadi teman lelakinya
sebelum ini . Rara putus dengan lelaki tersebut kerana dia curang dengan lelaki lain ,
oleh itu , lelaki tersebut minta putus dan tidak menghubunginya lagi .
Perasaan cemburu Rara tidak dapat ditapis lagi , lalu Rara berjumpa dengan lelaki tersebut ,
lalu menaburkan fitnah bahawa Lala curang dengan lelaki lain .
Lala menafikan bahawa dia curang dengan lelaki lain , langsung dia tanya teman lelaki dia ,
Joe , siapa yang buat cerita itu . Lalu , Joe cakap , kawan baik Lala yang bagitahu , iaitu ,
Rara . Lala rasa tersentak , kenapa kawan baik sendiri nak tikam dari belakang . Dengan
sepantas yang mungkin , dia cakap dengan Rara , kenapa buat fitnah yang macam-macam
tentang Lala . Rara diam dan terus senyap tanpa bercakap sepatah kata . Joe dengan
berani cakap , ''Rara cakap awak curang dengan saya " . 
Lala , dengan suara nyaring berkata , ''Sampai hati kau fitnah aku macam ini Rara " .
Langsung Lala berlari ke tempat mereka selalu lepak , diikuti Lulu dan Nana .
Sambil berlari , terdapat butir-butir air mata keluar daripada mata Lala , betapa
kecewanya dia apabila kawan sendiri tikam dari belakang .
Lulu dan Nana sedia ada di sisi Lala untuk menenangkan keadaan Lala yang agak teruk itu .
Muka Lala yang putih tadi bertukar menjadi merah padam kerana menangis teresak-esak .
Lulu dan Nana juga tak tahu nak berbuat apa-apa kerana mereka tahu , Lala perlukan masa
untuk kembali normal .
Tak lama kemudian , Joe datang peluk Lala yang menangis teresak-esak , cakap
''I tak percaya dekat Rara , I percaya dekat you sorang jea baby " sambil cuba menenangkan
Lala yang masih menangis tak henti-henti seperti air hujan yang turun mencurah-curah dekat bumi .
Tak lama selepas itu , Rara datang dengan muka yang BERSALAH , lalu meminta maaf
dengan muka yang sedih sambil memegang tangan Lala sambil cakap ''I mintak maaf Lala , i betul-betul mintak maaf , I tahu i yang bersalah " . Lala dengan rasa marah tadi tiba-tiba menjadi lembut hati dan terus menerima maaf Rara . Lala tahu , dia harus membuat tindakan yang betul
agar HATINYA tidak terluka buat kali keduanya . 
Lala memaafkan Rara dan meminta Rara untuk tidak mengulang kesalahannya buat kali kedua 
dan terus berkawan sampai bila-bila . Rara pula berjanji dan tidak akan mengulangi
perbuatan tersebut sampai bila-bila . Bagi Joe pula , dia berasa senang hati kerana Lala
sudah kembali ceria dan gembira di sampingnya selalu . 
Kini mereka berempat tidak lagi ponteng kelas , kenakan orang kerana peperiksaan
SPM semakin hampir . Mereka kini menghabiskan masa untuk pergi ke kelas tusyen ,
buat ulangkaji berkumpulan dan tidak membuang masa . Mereka juga tahu bahawa masa
depan mereka terletak di tangan mereka sendiri . 
Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nantikan mereka , iaitu peperiksaan SPM .
Sebelum mereka pergi ke sekolah , mereka berjumpa di tempat yang mereka
selalu lepak dulu di bahagian belakang sekolah . Mereka berempat berazam untuk lulus
SPM ini dan mendapat GRED yang CEMERLANG dan seterusnya melanjutkan
pelajaran ke universiti . Itulah impian mereka dan bakal menjadi kenyataan , insyaALLAH .
Cerita ini akan disambung di mana ketika mereka dapat keputusan SPM dan sudah tamat belajar , bekerja dan ada yang berkeluarga . 100% Ilham Muhammad Zuhaili Othman :)



Sincere : Zuai♥