Monday, April 18

Death !


Tumblr_lhuvsrg46f1qanhajo1_500_large
Setiap kelahiran akan ada kematian , yea , tidak ada yang akan 
kekal di dunia ini . Semua yang terjadi di dunia ini di atas kehendak Allah S.W.T .
Dan , sebagai hambanya , kita mestilah mematuhi kehendaknya dan meninggalkan laranganya.
Kematian juga merupakan salah satu takdir Allah S.W.T yang di mana , kita tidak boleh
melawan takdir yang sudah tersurat .
 
So , ahli keluarga saya sendiri , iaitu mak cik saya telah kembali ke rahmatullah ,
pada pagi semalam , 10.30 pagi macam tu .
Meninggal akibat kehilangan darah yang amat banyak , dia menghidap sakit buah pinggang .
Sering berulang-alik dari Seremban ke kampung halaman , iaitu Jelebu . Seminggu
sebelum dia pergi , dia bagitau ,darah dia memancut-mancut keluar dari tempat
yang dia cuci darah tu , banyak jugaklah darah , tapi alhamdulillah ok .
Then , this time , darah dia memancut bapak banyak , sampai lencun baju and kain batik
dia dengan darah . Time tu dia tengah kupas kelapa , wan dan ibu dah ingatkan jangan
buat kerja berat-berat , tapi dia tak nak dengar . Then , dia dah keluar darah banyak-banyak tu ,
dia cakap , mampuslah aku , tak ada sapa nak tolong aku . Then , Pak Su aku sampai , tengok
dia dah terbaring , terus dia call ambulans . Sampai jea ambulans kat rumah , terus orang tu check nak tengok mak cik aku hidup or dah meninggal . Then orang tu cakap , dah tak ada ,
Pak Su aku apa lagi , dia maki-maki orang tu semua , mana taknya , datang lambat ,
lepas tu terlajak rumah semua . Memang orang tu datang nak kene maki , padan muka kau .
Time tu adik aku , telefon ibu aku , dalam keadaan nangis-nangis cakap 'wan teh nak mati
dah bu ' . Ibu aku memang dah cemas gila , cakap dengan ayah aku , jom kita balik , nak tengok
wan teh and hantar dia g hospital . On the way from KL to Jelebu , Mak Su telefon , cakap
buat apa nak hantar wan teh pergi hospital sebab dia dah tak ada . Ibu aku apa lagi ,
menangis kuat-kuat gila , aku pun dah naik takut , and rasa nak nangis sekali . Then , 
ayah aku terus pecut ke Jelebu and dah sampai , terus masuk rumah sume . Wan aku dan
ibu aku meraung kuat-kuat , aku pun dah tak boleh nak cakap apa dah . Aku ambil
air sembahyang and baca Yassin untuk Wan Teh aku yang baru meninggal tu .
Then , adik beradik ibu aku semua dah ada kat rumah , time untuk sembahyang jenazah
and pengkebumian di kubur berdekatan . Time tu hujan mula renyai , and then hujan lebat .
Petang tu , balik Seremban kejap , nak ambil baju and seluar and whatever yang diperlukan ,
malam tu ada tahlil dekat rumah kampung . Then dah sudah tahlil , as usual , orang ramai
akan makan , dan aku pula tak makan . Tak da mood lah nak makan , nak kata diet ,
dah terlebih diet , just , not in the good mood nak makan-makan . 
So , apa yang aku nak cakap ialah , aku sedih tapi aku tak menangis macam orang lain . Bukannya aku tak ada perasaan ,cuma aku tak boleh nak menangis , jangan ingat aku tak berhati perut pulak . Sayu hati aku ,sebab mak cik aku selalu tolong bila aku susah , samalah juga masa dia mintak tolong .Aku harap , roh mak cik aku dicucuri rahmat Allah S.W.T dah ditempatkan di kalangan orang yang beriman , AMIN :")



Sincere : Zuai♥