

So , this entry this time mainly focus on CIGARETTE , okayh , for your information ,
aku dah kenal ROKOK since i was 5-6 years old . Tapi bukan addicted sangatlah ,
just nak try apa rasa merokok . Kebetulan , dekat dengan rumah aku , ada orang
Indonesia setiap petang mesti smoking , DULU , then aku and kawan aku
tengoklah orang tu SMOKING , then habis jea dorang smoking , aku and kawan aku
kutip puntung rokok yang dah nak habis tu , then buat gaya macam mana orang tu
smoking , guess what ?
1st time jea masuk benda tu dalam mulut , aku dah terbatuk-batuk macam orang kene
asthma , then aku buang bende tu sambil pijak-pijak puntung rokok tu .
Then kiteorang berdua memohon keampunan agar Allah SWT maafkan kesalahan aku
and kawan aku . Seriously , aku rasa nak gelak tahap orang GILA bila aku kenang benda uh , dah lama giler dah bende tu , aku still tak tahu kenapa aku ingat lagi :)

Back on our topic , rokok , as korang tahu , diisytiharkan HARAM oleh Fatwa Kebangsaan ,
agaknyalah , tapi still sekarang , mereka menghisap rokok . Yang pelik , dorang tahu
bahawa rokok itu MEMUDARATKAN kesihatan , tapi still dorang hisap rokok .
Mula-mula nak cuba , kemudian ketagih , sama jugak dengan Dadah .
Bila korang dah sentuh , that's it , kau akan ketagih sampai mati .

Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.
Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.
JENIS PEROKOK
- Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
- Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.
ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK
- Aseton (penanggal cat).
- Ammonia (pencuci lantai).
- Naphthylamine.
- Metanol (bahan api).
- Naftalena (ubat gegat).
- Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
- Polonium-201.
- Gas monoksida (gas beracun).
- Vinil Klorida.
- Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
- Toluidina.
- Uretana.
- Toluena.
- Arsenik (racun anai-anai).
- Dibenzakridine.
- Fenol.
- Butana.
- DDT (racun makhluk perosak).
- Nikotin.
- Benzopyrine.
- Tar
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING
Wanita
- Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
- Lebih terdedah kepada kanser.
- Kurang kesuburan.
- Putus haid awal.
- Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
- Mudah mendapat penyakit lelah.
- Mendapat jangkitan paru-paru.
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
- Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.
Sumber : Soutul Mujahid
Jagalah sebaik-baiknya apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Allah cipta elok-elok, bukan untuk dirosakkan, hanya kerana mengikut hawa nafsu
Sincere : Zuai♥







2 cute words:
diorang tak takut mati kaa?
@Wan Fatimah entah la fatimah , dorang nak mati cepat :)
Post a Comment